Dilahirkan pada tahun 1985 di Kota Bharu ,Kelantan, saya masih lagi bergelar seorang penuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu negara dalam jurusan Perubatan. Minat untuk melabur timbul apabila saya telah ditakdirkan oleh Allah untuk bergelar yatim piatu seawal usia 25 tahun. Sebelum itu, ketika arwah ibu masih ada, perbelanjaan bulanan adalah berbekalkan duit pencen arwah ayah. Setelah ketiadaan ibu, maka timbullah rasa ingin mencari pendapatan sendiri walaupun rata-rata adik beradik saya telah berjaya dan mampu untuk menanggung saya jika saya mahu. Akan tetapi, dengan azam dan usaha, saya berjanji pada diri sendiri ingin mencari pendapatan selagi termampu. Sejak dari itu, saya mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan disamping itu saya juga ada menabung menggunakan duit bantuan MARA yang tidak seberapa itu. Lama kelamaan, duit itu menjadi semakin banyak dan saya mula memperkembangkan perniagaan saya(tidak perlulah bincang disini). Hasil keuntungan perniagaan tidak saya gunakan untuk berjoli tetapi digunakan untuk pelaburan. Alhamdulillah berkat usaha dan rezeki Allah, saya sekarang mampu untuk menyara sendiri kehidupan saya. Jadi tujuan saya menulis di sini adalah sekadar ingin berkongsi dengan anda semua tentang sedikit ilmu pelaburan yang saya ada. Saya tahu bahawa ilmu yang saya ada dalam bidang pelaburan tidaklah sebanyak mana dibandingkan dengan mereka-mereka yang telah berjaya. Diharapkan segala perkongsian yang saya tulis disini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Disamping itu, saya disini ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu saya dalam mencari pelbagai ilmu dan skil-skil dalam perniagaan. Semoga Tuhan sahaja yang dapat membalas budi dan jasa kalian semua.
~Investor (mylabur.blogspot.com)